Category Archives: renungan

Wordless Wednesday – Surah Al-Waaqi’ah (Pembuka Pintu Rezeki)

fadilah dan keutamaan membaca surat al waqiah

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
 .
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
NotaKaki : Selamat mengamalkannya yer kekawan 🙂


From Perling With Love;

Advertisements

Report Card 2012 of Intanmaria

Hari ini hari terakhir kita berada ditahun 2012. So aku macam tahun-tahun lepas..aku review balik azam aku tahun 2012.

As per seen above, Azam Nombor 1 hingga 3, is on going nya azam sampai bila-bila. Pasal azam nombor 4 an 5 ni..aku tak pasti la samaada aku berjaya or tidak. Sebab ikutkan macam kurang bershopping (sangat la intanmaria!) and macam takde menambah hutang either kurangkan hutang (maintain). So rasanya, tak success la this two azam..sigh.hampeh!

Bab Azam no 6, nak target ecah pandai baca and anish kenal huruf…ni pun agak kurang berjaya gak. But, alhamdulilah gak as my ecah dah kenal huruf A-Z at her ages 4 (better than nothing kan)

Azam no 7 lak…huhuhuhu..terpaksa KIV nak turunkan berat badan until 65kg (even dah sipi nak achieve that target) as rezeki Allah..kita mengandung anak ke 3 dan di jangka lahir bulan April 2013. Syukur, rejeki.

And aku rasa, tahun 2012 ni..tahun berjalan-jalan aku jek. Sebab yang tuh jek success. Dari pegi Cherating-Kuala Terengganu, Bukit Gambang Pahang, Universal Studio Singapore and the new one Gold Coast Morib. Haih..tuh jek nampak for 2012.

jalan 2012

So, untuk tahun 2013, nak ber resolusi :

1. Tingkatkan kualiti dan kuantiti Solat.
2. Nak jadi isteri dan ibu yang lebih penyabar, lemah lembut dan kuat semangat dalam menangani masalah kehidupan!
3. Nak lebihkan masak dan makan dirumah.
4. Nak kurangkan berbelanja handbag, kasut, baju-baju and tudung
5. Kurangkan hutang, Settlekan hutang yang sedia ada dan Lebihkan savings!
6. Kurangkan berat badan
7. Sambung Master @UiTM

NotaKaki : Selamat Tahun Baru 2013. Semoga tahun baru ini menjanjikan seribu kejayaan untuk kita semua…amin..

From Perling With Love;

Pandai Masak vs Rajin Masak ?

Salam mommies,

Memandangkan blog ni dah hampir penuh ngan sawang labah-labah..meh aku update some entry yang bagi aku rasa ada kena mengena ngan kita kaum-kaum wanita…eleh..ayat tak leh tahan.

2 3

Bagi mommies semua, korang ni kategori yang mana? Pandai masak ke or rajin masak? Frankly speaking untuk aku, aku ni rajin masak even rasa tak seberapa (honest kan aku 🙂 ) . Tapi ku akan cuba semampu aku untuk rajin kan untuk memasak walaupun kekadang huruf M yang maha besar kat diri aku … Selalunya lauk yang aku rajin masak..lauk yang senang dan cepat di masak.  Nasib baik husband mmg tak cerewet bab makan. Very flexible and agak-agak aku mmg malas nak masak..aku goreng telur jek (pergh..giler pemalas bini dia ni kan :p ). So, korang jangan tiru aku hokay.

Lagipun bagi aku, bila makan kat umah, macam lagi senang berbanding makan kat luar. Sebab apa? sebab bila makan kat luar ngan kids pergh..ribut dia macam ada tsunami.mmg tak kenyang bila makan and macam banyak buang masa lak kat kedai. Ni opinion kita jek. Setiap org ada reason masing-masing kan. Kekadang bila ada huruf M tuh kat diri ni…makan kedai gak aku :p

NotaKaki : Cuba jadi yang terbaik  🙂

From Perling With Love;

Batasan hubungan isteri berkerja

Copy paste dr wall seorang sahabat FB…dan saya sangat setuju dgn statement ni..istilah “isteri cemburu/suami cemburu” atau “takut bini/suami garang” itu semua selalu siperkatakan tapi kenapa kita tak pernah memandang kepada hukum pergaulan terutama yang telah berumahtangga??

Amalan makan bersama lelaki dan perempuan rakan sekerja bercampur gaul dan beramah mesra 1 meja antara rakan sekerja , dan makan berdua2-an bersama suami orang atau isteri orang ? For me, gejala yang kurang sihat, akan mengakibatkan pergaulan mesra antara suami atau isteri orang lain, dan menambahkan lagi kemesraan lelaki dan perempuan yang ajnabi.

For me, cukuplah hubungan di tempat kerja itu bagi especially for married women/ men.. hanya setakat hubungan KERJA,BERKOMUNIKASI TENTANG KERJA..tidak lebih baripada itu. – melalui pandangan mata saya, ramai org islam kita yang berkahwin tidak menjaga adab dan tatasusila ini.Dalam Islam, saya selalu mengingati kata2 seorang ustazah ini melalui program al-hidayah tv3, dimana beliau menasihati agar TIDAK ADANYA PERGAULAN MESRA ANTARA SUAMI/ISTERI ORANG LAIN.. kerana pepatah melayu, siikit2 lama2 jadi bukit.. sikit2 anda bergaul mesra dengan yang lain, lama2 anda bertambah mesra.. pergaulan suami/isteri di rumah akan hambar.. kerana DI LUAR LEBIH MESRA DAN MENARIK..-FIKIR-FIKIRKAN.. ANDA MENCORAK HUBUNGAN DAN BATAS PERGAULAN DIRI ANDA-“
Setuju..?? Sentap..??
NotaKaki : Really insaf. Yes, mmg kita akan cakap, we’re just a friend. But dalam Islam sendiri ada batasan dalam pergaulan. Benda ini agak remeh. But its give us a big impact. Sebab tuh now days banyak suami org ada affairs dengan wife orang dah jadi macam  trend. Hmm…

From Perling With Love;

Dilema vs Delima =)

Hehehehe, ikutkan nak story pasal dilema..tapi mati-mati taip delima. Aku pun dah confuse! Malu aku!!

Ok, back to the story, yes..aku sekarang dalam dilema. Banyak perkara yang buat aku berbelah bahagi. Ni aku list down apa yang buat aku D.I.L.E.M.A :

  1. Plan of further study in Master – ni mmg plan aku sejak sebelum kahwin. But dalam dilema sangat. Sebab now ni dah berkeluarga, ada anak 2 lagi. Boleh ke aku handle? Sebab utama aku nak sambung Master – supaya aku ada extra qualification yang boleh market diri aku kat job market kat luar sana. Now ni aku rasa Degree aku ni terhad and not ‘HOT’!
  2. New Job – As mommies semua tahu kan, kita dah kerja kat sini dah 7 tahun. And yes I need new environment. Pernah dapat kerja di universiti luar yang akan buka di Iskandar, but mmg bukan rezeki.. projek tuh tak jadi.  But tetiba dapat satu panggilan interview. Macam dalam dilema sangat..nak pergi ke tak nak? Aduih la hai..tak sukanya ada perasaan ni…
  3. Ni dilema kes kawan aku. Apa pendapat korang, if adik beradik nak mintak guna nama kita buat loan? And amount yang dia nak buat agak besar – RM50K hingga RM100k! Member aku ni dalam dilema sebab yang mintak tolong ni adik dia sendiri…darah daging sendiri. But if dia willing nak tolong pinjamkan..dia takut ada masalah pada masa hadapan..yang boleh declare muflis if anything happen. Korang rasa macamana?

NotaKaki : Hari ini hari dilema sedunia ek? 

From Perling With Love;

Special Entry to Teacher Amy! – updated

Teacher Amira Amy 

Terima kasih kerana jadi cikgu pertama Ecah. Terima kasih juga ajar ecah lagu – “Ants on the Apple”. Terima kasih ajar Ecah dance, nyanyi, arts and main guling-guling ngan ibu. Terima kasih diatas all nyummy food after class. Terima kasih juga sticker ! Terima kasih diatas kasih sayang and peluk cikgu. Ecah sayang cikgu!

Lot’s of love : Nur Aisyah Batrisyia binti Mohamad Ariff 

NotaKaki (16.05.2012) : Entry yang agak suram. Untuk pengetahuan mommies, teacher Amy sekarang sedang berperang dengan kanser tulang stage 4. Ya Allah, kurangkan la penderitaan yang sedang ditanggung nya dan berikan kekuatan kepada ahli keluarganya dalam menempuh dugaan yang maha besar ini…amin.

Updated : Teacher Amy sudah kembali ke Rahmatullah pada 19.05.2012. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan golongan-golongan yang beriman. Amin.

Pertemuan terakhir saya with arwah sis Amy on last 13 January 2012. I love this picture!.

Ecah ada hantar notes untuk teacher Amy. Tapi Allah lebih sayangkan teacher. Selamat tinggal teacher. We will always love you.

Notakaki update : Baru dapat inform my ecah yesterday that her lovely teacher – Allahyarhamah Amira bt Mohyiddin dah meninggal. But there’s a lot Q&A by her. Meninggal itu apa ibu? So I tell her..teacher Amy jumpa Allah. Dia balik bila ibu? Kita boleh jumpa lagi teacher Amy ke ibu? Ecah nak school teacher Amy..I’m speechless. Alfatihah to teacher Amy.

From Perling With Love;

Wordless Wednesday : Motivation Version Part 2

NotaKaki : Nice one! And its really mean to me (mood nak sambung master ni..tapi kemalasannya boleh tahan ni) 😀 . Happy Wednesday to everybody!

From Perling With Love;

Tragedi di permulaan tahun Naga :(

Hari ini dalam sejarah! My lil baby terkena satu jug air teh o panas. Allahuakbar!!!

Masa tuh aku and mother in law tgh kat dapur, sediakan breakfast. Suddenly dengar danish jerit yang aku rasa tak pernah aku dengar, jerit sakit!!..and at the same time hubby aku dok jerit! Aku apa lagi..dok berlari gak…and nampak hubby tgh bukak baju danish and ayah mentua ku sedang tlg mana yang patut. Aku gamam and macam blank sesangat.

Org tua hubby suruh sapukan ngan minyak gamat! Badan and kepala merah gak la.. Aku mmg tak tahu nak buat apa2..mmg sedih sgt! After sapu ngan minyak gamat..aku tidokan danish..

After 3 hours tido, bangun..and terus kami tertangkap ngan area tangan kiri danish! Berbekas teruk and ada gelembung air lagi. Mistake hubby, as dia cucur air that area. Ntahla..mood aku terus down giler..sedih and sentap tgk tangan kiri anak aku jadi macam ni. Silap aku, tak jaga anak2 aku dengan lebih baik.

NotaKaki : Mommies semua ada tips tak nak ilangkan scar burn ni? Really aku mengharapkan tips and suggestion ubat from you all. Ya Allah, kau berikan kekuatan untuk aku and Danishku! 😦

Posted with WordPress via Makcik Bedah Berry