Category Archives: Duit..duit

Perkembangan terkini mummy buyong @ 35 weeks =)

Yuhuuu…anybody at home. Pergh..lama gila blog ni tak berupdate bagai. Maaf kan pemilik blog diatas segala kemalasan yang terserlah..tak hingat donia malasnya.

So, whats going on to owner of mariaariffbaby.com ni?hmmm.. life dia still macam biasa, pegi kerja balik kerja..amik anak..urus anak suami plus perut dan badan yang semakin kembang dengan amat jayanya! Tahniah untuk ‘pengembangan’ itu..hahahhahahahahaha

Tak caya?meh, tepek sat pic via instagram owner.

kan..besar bagai johan kan. :p

Now ni dah masuk 35 minggu. So ada lagi lebih kurang 5 minggu sebelum ‘baby delisha’ ni keluar. Ops, insyaallah, impian ecah nak ada adik girl tercapai as kali ni aku pregnant baby girl. So, boleh la guna nama Delisha untuk baby girl ni 🙂

So now ni, tgh nak prepare barang baby last kopek (mitten, baju, towel, Avent (penting ka?) , barang mak dia (kain batik, tshirt, socks) and suplemen untuk pantang nanti. Plan nak guna set Shaklee 3M+ESP tuh la. Mommy yang dah pernah guna, leh share tak..besh ke? Azam nak kurus secara sihat, leh fully BF and yang paling cargas..

NotaKaki :  SUPERMAK for 3 kids! Fuh..amik nafas panjang skit, intanmaria!

From Perling With Love;

Wordless Wednesday – Surah Al-Waaqi’ah (Pembuka Pintu Rezeki)

fadilah dan keutamaan membaca surat al waqiah

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
 .
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
NotaKaki : Selamat mengamalkannya yer kekawan 🙂


From Perling With Love;

Dapat Bonus..Habiskan Bonus!

Baru dapat bonus minggu lepas, dan pada mingu lepas jugak…dengan sekelip mata saja..aku kena abiskan bonus aku untuk ini…

NotaKaki : Sabar intanmaria..sabar..maybe zakat kau tak cukup..so Allah tarik part lain lak. 😦

From Perling With Love;

Introduce “Cik Kitty Sams”

Ingat tak lagi wishlist birthday kita tahun ni? Tak ingat? ok, ni entry pasal wishlist tuh .

Taraaaa..on last Saturday, after kami beli groceries kat GIANT TAMPOI, and bila usha ada satu kedai phone. Kebetulan SE Hello Kitty ni ada. Hubby i ni macam paham-paham jek i tgh usha that phone. Suddenly dia leh offer,nak ke? Oh..bagai bulan jatuh ke riba..harus la i sengih and said Off course Yes! So he bought as belated birthday present! Ohh..i love it sayang! Thanks sayang. 😀 So macam blackberry kita tuh…ada nama yer – “Makcik Bedah Berry“, so this cute Galaxy Y also have its name too and from now, i will call it – “Cik Kitty Sams” 😀

NotaKaki : Huhu, not a gadget mania..but i love this samsung tech 🙂

From Perling With Love;

Pandai Masak vs Rajin Masak ?

Salam mommies,

Memandangkan blog ni dah hampir penuh ngan sawang labah-labah..meh aku update some entry yang bagi aku rasa ada kena mengena ngan kita kaum-kaum wanita…eleh..ayat tak leh tahan.

2 3

Bagi mommies semua, korang ni kategori yang mana? Pandai masak ke or rajin masak? Frankly speaking untuk aku, aku ni rajin masak even rasa tak seberapa (honest kan aku 🙂 ) . Tapi ku akan cuba semampu aku untuk rajin kan untuk memasak walaupun kekadang huruf M yang maha besar kat diri aku … Selalunya lauk yang aku rajin masak..lauk yang senang dan cepat di masak.  Nasib baik husband mmg tak cerewet bab makan. Very flexible and agak-agak aku mmg malas nak masak..aku goreng telur jek (pergh..giler pemalas bini dia ni kan :p ). So, korang jangan tiru aku hokay.

Lagipun bagi aku, bila makan kat umah, macam lagi senang berbanding makan kat luar. Sebab apa? sebab bila makan kat luar ngan kids pergh..ribut dia macam ada tsunami.mmg tak kenyang bila makan and macam banyak buang masa lak kat kedai. Ni opinion kita jek. Setiap org ada reason masing-masing kan. Kekadang bila ada huruf M tuh kat diri ni…makan kedai gak aku :p

NotaKaki : Cuba jadi yang terbaik  🙂

From Perling With Love;

Birthday Celebration @ Gold Coast Morib!

Alhamdulilah, Allah masih panjangkan umur ku. Sudah 32 tahun aku dapat bernafas ..satu nikmat yang tak terhingga!

Sempena Cuti Maal Hijrah merangkap birthday ku yang 32 tahun itew, so kami decide nak bercuti-cuti di Gold Coast Morib. Walaupun banyak review yang tak menarik about this place, but kami  redah gak. Luck kami sangat baik…dari mula perjalanan sehingga ke proses check in and masuk bilik..semuanya berjalan dengan smooth!

View from our room! Mmg menarik sangat. Even aku lupa nak request nak mintak bilik view ngadap water park..but mmg dah rezeki kami agak nya, we manage to get it! Yeahh..one point for this!

Bilik yang kami dapat adalah double bed! But kami mmg suka sangat dapat bilik ni as mmg usual kami akan sambungkan katil ni and tadaa..its bigger for us! The best things..setiap bilik ada jacuzzi hokay! One point on that! Budak-budak la suka..after berseronok  kat water themepark..diaorg sambung kat bilik 😀

Hotel ni ada Water Theme Park hokay! One point untuk itu. Atleast adalah aktiviti untuk kami berjimba2. But mmg besh la. Bebudak seronok…mak apak pun happy!! 😀

Pakej kami ni ada disediakan makan malam. And hari itu lak birthday aku.so, ada disediakan kek, sijil and teddy bear! Frankly.we really enjoy our night! Another point for this!

Cuba teka berapa kos kami bermalm di sini?

For us, really worth it! As its cover room with jacuzzi, theme park admissions for 2 days, dinner and breakfast! Two thumbs for this Gold Coast Morib!!!

NotaKaki : Mood bercuti-cuti lagi ni..huhuhuhuhu…mana mau p lagi ek?

From Perling With Love;

Wordless Wednesday – Version Mengidam!

NotaKaki : Really desperate to get this SE Samsung Galaxy Y! Ada sesapa tak nak kasi hadiah birthday I this coming November 15! 😀

From Perling With Love;

Family Day @ Universal Studio Singapore!

Kelas kau jah! Family day kau over the tambak hokay hahahahahahah, tetiba jek aku ni.Dengan tak kasi salam bagai..dah buat ayat propa..apa kes? Dah la bersawang blog ni..leh lak main terjah.hmmm…Apapun, alhamdulilah..i’m still alive! But still mabuk2 and tak sedap badan especially bila petang. Setiap anak ada story masing2 kan.

Ok, berbalik entry aku kali ni, yes..last Saturday (06.10.2012), office tercinta aku buat family day kat USS. Ni kira 2nd time kami ke sini (sila rujuk entry ni) . Apapun, we really enjoy our precious moment but kali ini bertambah seronok as pegi ngan kekawan! Enjoice our picture 😀

Last but not least, our photo group. Insyaallah ada rezeki, leh mai lagi ke sini.

NotaKaki : Mr hubby saya ada ‘hutang’ p USS ni next year. 😀

From Perling With Love;