7 hari 6 malam

Macam ala2 percutian lak kan tajuk entry kali ini. Bukan apa, aku nak summarize kan apa yang dok berlaku sepanjang syawal minggu 1 (ehem, kita raya sebulan okay)

Raya pertama : Tahun ni turn umah mak aku. So after tunggu abang solat sunat raya kat masjid perling (and ‘berperang’ ngan ecah nak pakai baju kurung), kitaorg makan2 kat umah mak. Salam2 ngan mak+abah+tek (adik2 lain dok raya kat umah mentua masing2). After makan2..kami balik umah atok mok kat segamat. And jawabnya kami pun terus balik teluk kelubi (umah mentua), hehehe..dah siap packing dah…incase kan abah plan balik segamat..and betul lak tekaan aku..terror tak?

Raya Kedua : After Asar (dalam pkl 5 lbh), kami semua bertolak balik umah nenek (belah hubby) dekat Sengkuang, Batu Pahat. Sampai dah malam gak la (tu pun leh melencong makan KFC ngan Nahfiz, anak along aku). Lepas makan malam, hubby aku dok kuarkan la segala mercun merdeka la, mercun raya cina la, mercun bola la..and segala mercun yang ada! Meriah gak..heheheh..but yang sadis nya..anak dara aku leh takut bunyi berdentum tuh semua..sian lak aku tgk..so aku dok peluk dia dalam bilik…

Raya Ketiga & Raya Keempat : Still kat kampung sengkuang. Kali ini, join famili hubby dok beraya kat bagan and areas sekitarnya. fuh, bila dok kira2..nak dekat 20 buah rumah gak la. Letih? mau nya tak…ngan minum air gas memanjang…kuih raya nya lagi…mau aku flat..ecah? happy sakan la…maunya setiap umah balun kerepek (jawa tuh tetap jawa la kan)…kata beraya kan..mmg betul2 beraya anak aku!

Raya Kelima : Balik Segamat, balik umah mentua. Reason? Disebabkan along nak buat open hse dekat melaka ari sabtu (raya ke-7), so hubby malas nak balik jb. so aku yang suggest kan ngan hubby, jom balik segamat..join mak balik. leh basuh baju2 yang ada.So kami balik segamat balik. Sebelum sampai umah, abah mentua dok ajak lunch. and guess wat, menu mesti ada ikan baung masak cili api!! wah..favourite aku la!!! Makan ngan penuh semangat!!! Sampai umah mentua jek, terus aku menjalan kan tugas sebagai menantu yang rajin (ehem, angkat bakul sendiri nampak!), dok basuh baju2 kotor semua (nearly 4 bakul) and sidai sekali tau (rajin tak rajinnya aku ni, huhuhuhu).

Raya Keenam : Pagi2 tuh, beli lauk for famili mentua. Iyalah, sekali sekala balik kampung kan, beli la mana yang patut. Kan semalam nya aku ni kiranya laundry woman,..kali ini sambung lagi task ni. Basuh mana yang patut..angkat mana yang kering and lipat2 yang dah angkat tuh. Panas terik nya..macam nak pengsan gak la…nasib baik tak bulan posa..gerak ke melaka dalam pkl 6.30 pm. Ni kiranya umah baru along, dia baru pindah sebelum puasa. So malam nya dalam pukul 9.30 pm, ada tahlil ringkas untuk keluarga jek..

Raya Ketujuh – Open Hse Umah Along. And hubby amik kesempatan nak servis kereta ari tuh gak..mmg tak sempat nak servis keta before raya (fully booking ma..)Ni pun mintak tolong along tolong booking kan kat tempat (along saya kerja di Perodua Bachang). Kami bertolak balik JB dalam pukul 7.30 pm. Home Sweet Home…rindu banget kat umah aku tuh

Begitu la gamaknya aku beraya (raya ker?) So, next mission, nak raya umah kekawan aku kat JB. Nanti aku update yer. Takde pic ke intan? Wei, aku tak sempat nak amik pic la. Yang ada pic ecah masa siap2 kan dia. Pic family pun tarak. Ni ada yang kena amik kat studio ni, huhuhuhu

ecah1 ecah2 ecah 3 ecah 4 ecah 5 

NotaKaki : Selamat Bergumbira yer Kawan-kawan!

Advertisements

9 responses to “7 hari 6 malam

  1. alalala…tomeynye!

    baju kurung tuh cantik sangat. beli kat mana?
    kalau corak cenggitu…pakai gi keje pon best.
    simple dan comel.
    ingat kat Orkid:)

  2. pose sbulan..raye msti sbulan gak kan..kan.. hiiihiii..

  3. comeynye ecah bbaju kurung.. die lahir awal bulan 6 las yr kan (congak2) ?

  4. Cheryna : yalah..kita pong suka suki sangat ngan corak baju kurung ecah ni. and material kain dia mmg besh..cotton macam org2 dulu tau..kita pong nak cari untuk org dewasa..but takde la..

    Faz : hehehe..tuh la gamak nya bila mummy budak beraya…lupa dunia! Ha ah la dear, ecah lahir 3.6.2008. =D

  5. ni mmg raya sakan ni haa hehe…

    cute la ecah pakai baju kurung…ada beg lg nk ltk duit raya hehe

  6. apsal muncung tu Ecah?? nak pakai gown ek tanak pakai baju kurung??? hehehe… byk tk dpt duit raya?? 🙂

  7. nape muka ecah mcm tak ceria tuh. dh lebih kurang Zara plak hari raya pertama muka muncung sedepa..hehehe..

    ecah takut bunyi mercun. si Zara plak punya eksited ketawa mengelekek dgr bunyi mercun papa die. mama die yg panas hati tgk dum dam dum dam tak habis..=p

  8. waaaa
    sungguh sakan beraya yeee
    best best best
    salam syawal

  9. wah … beg pink mmg takleh lawan kan ecah …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s