Panduan untuk bakal ibu bapa.

Orang merasakan menjadi isteri itu mudah.
Jikalau menjadi isteri itu mudah, mengapakah kita lihat hingga 70 peratus mereka
yang berkhawin di Lembah Klang bercerai ? Berita pada Oktober 1999 menyatakan di
Singapura, kadar perceraian umat Islamnya ialah 25 peratus. Sebenarnya setiap
lelaki dan perempuan perlu belajar ilmu untuk mendirikan rumah tangga sesuai
dengan kehendak Islam. Malangnya, ramai muda mudi masa kini menjadikan cerita
hindustan dan movie dari barat sebagai panduan untuk berumah tangga. Kalau ikut
orang barat, jumpa beberapa jam sahaja sudah boleh diikuti dengan babak diatas
katil. Bagi kebanyakkan orang arab, ibu mengajarkan ilmu bilik tidur kepada anak
perempuan mereka. Lelaki mereka pula diajarkan ilmu agama yang bukan setakat
mengucap syahadah dan sembahyang serta mandi wajib sahaja kerana hanya ilmu
agama sahaja yang dapat memberikan jaminan satu rumah tangga yang dibina akan
kukuh, harmoni, diberkati, dirahmati dan kekal keanak cucu.

Sebagaimana kita
perlu banyak melakukan persediaan diri sebelum mencari pasangan hidup, begitulah
juga kita sewajarnya melengkapkan diri sebelum merelakan untuk menjadi ibu atau
bapa. Manusia dijadikan Allah berbeza dengan haiwan. Burung kalau nak bertelur
Allah jadikan pandai mereka membuat sarang secara otomatis tanpa perlu belajar.
Manusia secara fitrahnya memang berbeza dengan haiwan dimana manusia diwajibkan
belajar termasuk belajar bagaimana untuk menjadi ibu yang solehah. Malangnya
masyarakat kini sanggup mengeluarkan berpuluh ribu ringgit hanya untuk
pendidikan sekular bagi kepentingan ekonomi diri sendiri sahaja tetapi untuk
kepentingan agama yang bakal menjamin kebahagian hidup dan rumahtangganya, tak
ramai yang sanggup mengeluarkan duit yang banyak. Samalah kesnya seperti ibu
bapa yang bila bayar RM100 untuk tuition kimia tak jadi masaalah tetapi bila
ustaz mengajar AlQuran minta RM20, banyak sangat soal jawabnya.

Islam
mendidik kita dari peringkat awal sekali iaitu sebelum suami isteri berjimak
hendaklah berdoa
yang bermakna "Ya Allah jauhkan kami dari syaitan dan
jauhkan syaitan dari anak yang engkau kurniakan".
InsyaAllah tuhan akan
melindungi dan memberikan berkat dan rahmat keatas suami isteri tersebut. Tanpa
doa ini syaitan akan terlebih dahulu menjimak isteri tersebut. Dengan doa dan
izin Allah kelak benih yang bertemu antara benih bapa dan ibu selepas jimak ini
akan dilindungi Allah dari gangguan syaitan.
Benih ibu yang bercantum dengan
benih bapa akan menyebabkan si ibu akan mengandung. Pendidikan untuk mendapatkan
anak yang soleh bukan selepas anak dilahirkan tetapi adalah bermula dari saat
ini. Jikalau bermula dari saat ini si ibu lebih kerap murung dan penyedih maka
kelak anaknya akan murung dan penyedih jugalah. Jikalau si ibu bermula dari saat
ini mengubah dirinya kepada sifat-sifat yang mulia, insyaAllah anak yang bakal
dilahirkan akan menjadi anak yang mempunyai sifat yang mulia.

Mengapa saya
hanya menekankan faktor ibu sahaja dalam pembentukan pribadi anak yang bakal
dilahirkan? Adakah bapa tidak mempunyai peranan dalam pembentukan pribadi anak
yang bakal dilahirkan? Sebenarnya Islam mengajarkan bahawa sebaik sahaja seorang
lelaki menerima seorang perempuan sebagai isterinya, maka berpindahlah tanggung
jawab mendidik perempuan ini dari ibu bapanya kepada si suami. Sebagai suami,
kewajipannya bukanlah setakat mencari rezeki, memberikan tempat berlindung dan
memberikan nafkah batin tetapi perkara penting yang para suami telah ramai
melupakannya ialah mendidik isteri mereka kearah islam yang sejati. Jikalau
sebelum mengandung si suami telah banyak mendidik isterinya dan proses ini
berterusan sepanjang hayat, sudah pasti si ibu akan menjadi isteri yang solehah
dan isteri ini bakal melahirkan putera-puteri yang soleh-solehah dan berpribadi
mulia. Tetapi yang banyak berlaku pada masa kini ialah Suami isteri macam 2 x 5.
Suami dan isteri sama-sama miss sembahyang subuh dan zuhur. Suami pergi kerja
pasang badan dan isteri pergi kerja dengan make up yang tebal dan pakain yang
menggiurkan berwarna warni serta dengan wangian yang mempesonakan. Ini telah
dinyatakan oleh Allah dalam firmannya pada surah An Nuur ayat 26
:

"Perempuan-perenpuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat
dan lelaki-lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat dan
sebaliknya …".

Kalau kita baca dalam mass media, ini ditunjukkan dengan
artis kahwin dengan artis atau dengan orang yang sama jiwanya. Dengan ini
jelaslah bahawa peranan bapa dalam membina pribadi anak yang bakal dilahirkan
adalah lebih utama dari si ibu cuma kesannya lebih merupakan secara tidak
lansung manakala ibu adalah secara lansong.

Anak berperibadi buruk =>
ibunya berperibadi buruk => bapanya berperibadi buruk dan tidak berusaha
menjadikan dirinya dan isterinya lebih baik

Dari hujah inilah setengah
orang dapat menilai seorang lelaki atau perempuan hanya dengan menganalisa
tingkah laku anak mereka. Kalau kita lihat seorang perempuan tingkatan lima tak
pakai tudung, boleh lah kita membuat sedikit rumusan bahawa ayahnya tak begitu
mengambil berat soal agama.

Seterusnya, disepanjang proses mengandung ini
si ibu dituntut untuk membanyakan mambaca Al Quran termasuklah surah Yusuf dan
Maryam. Sebagaimana yang dituntut oleh Islam, kalau baca Al Quran tu bacalah
sekali terjemahannya. Adalah perlu diingat bahawa burung tiong emas pun pandai
mengaji kalau diajarkan. Janganlah kita sama sahaja dengan burung tiong yang
pandai mengaji Quran tetapi apa maknanya tidak pernah tahu.
Sepanjang
mengandung, makanan yang dimakan oleh si ibu hendaklah makan yang halal kerana
jikalau rezeki yang dibawa balik oleh sisuami datangnya bukan dari cara yang
dihalalkan ditakuti, perangai tak baik si ayah ini akan menular kepada bayi
dalam kandungan. Banyak contoh kita boleh lihat dimana suami isteri adalah
terpelajar dan memegang jawatan penting dalam kerajaan tetapi anak rosak akhlak
dan menagih dadah kerana sifat buruk ayah diikuti oleh isteri dan menurun pula
kepada anaknya.
Berdoalah dengan doa yang baik-baik tetapi janganlah berdoa
seperti " Ya Allah berilah aku anak yang cantik seperti kanak-kanak didalam
poster itu" kerana insyaAllah kelak Tuhan akan berikan kita anak yang cantik
tetapi bisu (gambar kanak-kanak didalam poster memangnya tak boleh bercakap).
Doa dalam Islam dianggap ibadah dan setiap doa diberikan pahala. Doa membuktikan
wujudnya hubungan hamba dengan Tuhannya kerana kita sebagai hamba tiada
kekuasaan dan dengan itu perlu meminta dari Tuhannya.
Syirik hendaklah
dijauhi bukan sahaja sewaktu mengandung tetapi adalah sepanjang hidup kita
kerana syirik merosakkan aqidah yang menyebakkan kita sebagai pelaku syirik akan
menjadi kafir musyrikin. Nauzubillah minta dijauhkan oleh Tuhan. Allah berfirman

"sesungguhnya orang yang mensyirikkan Allah niscaya Allah akan
mengharamkan Syurga baginya dan tempat tinggalnya kelak adalah neraka dan tiada
seorang penolong pun bagi orang-orang yang zalim"

Allah mengharamkan
syurga bagi orang ini kerana ia telah menjadi kafir dan sesungguhnya setiap
orang kafir diharamkan oleh Allah dari masuk syurga.
Upacara melenggang
perut pada bulan-bulan tertentu dalam budaya melayu dengan setengahnya
meletakkan kelapa diatas perut tiada dicontohkan oleh Nabi dan ditakuti
perbuatan ini termasuk dialam kategori syirik juga.
Didalam usaha kita
menangani masaalah syirik ini marilah sama-sama kita menghayati beberapa istilah
penting berikut :-

1. Syirik :
Mempersekutukan Allah dengan sesuatu
makhluk ciptaannya seperti patung, gambar, tulisan, senjata, tangkal azimat,
pokok, batu dll.

2. Tangkal :
Benda-benda (seperti kain merah, kemenyan,
limau, batu, cincin, tali, kayu, besi kuning, tahi besi dan banyak lagi) yang
dipercayai boleh memberikan rahmat/pertolongan kepada sipenggunanya.

3.
Azimat :
Sebarang benda-benda bertulis ( samaada tulisan rumi, arab,
AlQuran, hadith, rajah-rajah dll) yang dipercayai boleh memberikan
rahmat/pertolongan kepada sipenggunanya.

4. Ubat :
Benda yang digunakan (
dimakan, disapukan dll ) untuk tujuan menyembuhkan penyakit atau menyihatkan
badan dengan izin Allah.

5. Matlamat tidak menghalalkan cara :

Menjadi pencuri untuk memberi sedekah kepada orang miskin- haram. Jumpa
bomoh/dukun/pawang syirik untuk tujuan berusaha untuk menyembuhkan gangguan
syaitan diharamkan dalam islam walaupun matlamatnya adalah baik iaitu untuk
menyembuhkan.

Ibu bapa perlu menguasai dengan kukuh bab syirik ini kerana
anak yang soleh tidak akan lahir dari ibu bapa yang musyrik (mengerjakan
syirik). Ramai orang tahu bahawa tangkal itu salah tetapi untuk mereka terus
menyimpan tangkal-tangkal yang diberikan, mereka menghujah bahawa mereka setakat
menyimpan sahaja tangkal tersebut sedangkan niat dalam hati mereka tidak
terpesong dan tidak mempercayai tangkal tersebut serta mereka masih mempercayaai
kuasa Allah. Persoalannya ialah, kalau dah tak percaya kepada tangkal tersebut
kenapa terus menyimpannya? Bukankah lebih elok dibuang sahaja tangkal tersebut.
Satu insiden berlaku pada hari raya aidil fitri tahun 1998. Hamba Allah
menyimpan pedang warisan dari nenek moyangnya. Setelah ditegur bahawa pedang
tersebut adalah tangkal dan menyalahi Islam mereka berkata bahawa mereka hanya
setakat menyimpan sahaja pedang tersebut tanpa niat yang terpesong dari Islam.
Tetapi masaalahnya, pedang ini mereka puja dan setiap malam jumaaat kliwon
dibakar kemenyan dan sekali setahun pula dimandikan dalam upih pinang. Sekali
sekala pula hamba Allah ini berdialog secara lansong dengan pedang ini.
Perbuatan ini jelas syiriknya tetapi bila diberi peringatan , mereka berusaha
mencari helah dan alasan untuk membenarkan perbuatan mereka yang syirik
ini.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud ada menyatakan yang mafhumnya
berbunyi:

"Sesungguhnya tangkal, azimat dan petunduk adalah
syirik"
Dalam hadith sahih Turmizi dan Al Hakim pula ada menyatakan
mafhumnya:

"Sesiapa yang memakai / menyimpan sesuatu (tangkal azimat dll)
maka ia telah bertawakkal dengan nya".

Hadith ini menjelaskan bahawa
apabila kita menerima sebarang pemberian dari bomoh lalu menyimpannya dengan
tanpa sebarang niat sebenarnya kita telah mensyirikkan Allah. Kita diseru untuk
hanya betawakkal kepada Allah sahaja dan betawakkal kepada selain dari Allah
inilah yang dipanggil syirik iaitu memohon sesuatu kepada Tuhan lain selain
Allah (iaitu dalam bentuk tangkal, azimat dll). Apabila kita melakukan perkara
ini samalah kita dengan orang kafir Cina dan India. Mereka ini tahu tuhan mereka
sebenarnya tidaklah berada dalam berhala tersebut tetapi berhala ini telah
dijadikan tempat untuk bertawakkal (menyembah) untuk memohon dan meminta segala
sesuatu.

Ketahuilah bahawa menjadikan sesuatu sebagai perantara antara
dirinya dengan Allah serta berserah diri (bertawakkal) kepada perantara itu,
yang melakukan hal itu menurut kesepakatan Ulama (Ijmak) adalah
kafir.

Orang Cina (Taoism dan budha) dan India untuk mendapatkan sesuatu:
mereka bertawakkal / mengharapkan kepada perantara berhala agar memperkenankan
hajat/permintaan mereka.

Pelaku Syirik (musyrikin) orang Melayu pula:
Mereka bertawakkal / mengharapkan kepada perantara tangkal, azimat dll agar
memperkenankan hajat/permintaan mereka

Cuba analisakan pula kes-kes
berikut pula:

Kes 1
Orang Cina (kafir), pagi hari memohon kepada
topekong (berhala) dengan membakar colok mohon diberikan rezeki kepada
perniagaan mereka.
Orang Melayu "Islam" pula Jumpa bomoh untuk dapatkan
pelaris (tangkal, azimat dll). Setiap pagi meyakini rezeki dari perniagaan
bertambah kerana telah ada pelaris.
Nota: Mendapatkan khidmat bomoh pelaris
memang akan melariskan perniagaan anda bagi jangka pendik (diatas bantuan
syaitan) tetapi selepas beberapa tahun perniagaan akan bermasaalah besar mungkin
hingga perlu ditutup kerana bala dari Allah

Kes 2
Botak Chin dan
pengikutnya memakai berbagai-bagai tangkal dan azimat untuk menjadikan dirinya
istimewa!
Orang melayu memasang susuk emas, berlian dan raksa di muka,
punggung dan tangan untuk berbagai-bagai tujuan seperti cantik, manis, menawan,
seksi, kuat, kebal dll.

Kes 3
Orang cina memakai tatoo untuk tujuan
tertentu.
Orang Melayu memakai tatoo untuk tujuan tertentu.

Saat
menunggu kelahiran bayi adalah satu saat yang boleh jadi menggembirakan tetapi
ia juga boleh jadi satu saat yang menyeram dan mengerikan memikirkan
berbagai-bagai kemungkinan yang boleh terjadi. Namun bagi orang mukmin
,
"mereka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka
bersedih hati"
Baqarah : ayat 62

Kalau kita banyak risau dan gelisah
itu adalah satu tanda bahawa kita bukan orang mukmin sesuai dengan ayat diatas.
Saat menanti kelahiran ini boleh mengubah orang yang cuai sembahyang kepada
rajin sembahayang. Perbaikilah diri kita semoga menjadi seorang yang benar-benar
Islam sejati semoga diantara rahmat dari Allah kelak kita menanti saat kelahiran
bayi ini dengan hati yang tenang.

Saat melahirkan bayi bagi seorang bakal
ibu cukup menakutkan. Berbagai-bagai cerita yang kita dengar tentang azab ibu
yang melahirkan anak sehingga kematian ibu yang melahirkan anak diberikan satu
kedudukan yang tinggi dalam Islam sebagai salah satu jenis mati syahid. Namun
demikian persoalan yang perlu kita fikirkan ialah mengapa ada orang melahirkan
anak dengan cukup mudah manakala ada pula mereka yang melahirkan dengan cukup
masaalah dan azab hingga berhari-hari ? Jawapannya ada didalam Al Quran
As-Syuura’ ayat 30 :

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah
disebabkan oleh perbuatan tangan mu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian
besar (kesalahan-kesalahan mu)".
Jikalau seorang ibu melahirkan anak dengan
banyak azab, maka Tuhan sebenarnya ingin memaafkan sebahagian dosa kita yang
lalu (kalau kita redha dengan ujian ini dan tak memaki hamun dan menyumpah
seranah). Nasihat saya ialah semoga saat melahirkan bayi dilalui dengan mudah,
lancar dan tenang maka ibu bapa perlu lah mengelakkan sebarang dosa terutamanya
dosa yang besar dan jikalau ada dosa-dosa yang lalu seperti dosa isteri dengan
suami, dosa suami dengan isteri, dosa kepada ibu bapa, dosa kepada jiran dan
dosa kepada rakan hendaklah diselesaikan segera sebelum saat kelahiran bayi .
Mudah-mudahan dengan kurangnya kesalahan kelak Tuhan memudahkan proses kelahiran
bayi.

Setelah bayi selamat dilahirkan dan telah dbersihkan badannya,
seperti yang telah dicontohkan oleh Nabi SAW, belahlah (tahnik) mulut bayi anda
dengan menyapukan buah tamar yang sudah dilumatkan (atau madu) kelangit-langit
mulut bayi anda dengan hujung jari.

Apabila Lahirnya sahaja anak pertama
yang sempurna dan comel janganlah kita pula menjadi syirik sesuai dengan firman
Allah dalam surah Al A’raaf ayat 189 –190

"Dialah yang menciptakan kamu
dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa
senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya isterinya itu mengandung kandungan
yang ringan dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala
dia merasa berat, keduanya (suami/isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya
berkata "sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami
termasuk orang-orang yang bersyukur" Tatkala Allah memberi kepada keduanya
seorang anak yang sempurna, maka kedua-duanya menjadikan sekutu bagi Allah
terhadap anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya itu. Maka Maha Tinggi
Allah dari apa yang mereka persekutukan"

Apakah yang dimaksudkan dengan
Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka
kedua-duanya menjadikan sekutu bagi Allah? Akibat dari dhaifnya umat Islam
masakini mereka telah melakukan apa yang Allah telah nyatakan dalam Quran ini.
Lihatlah betapa setelah Allah berikan anak yang sempurna (tak cacat) mereka
terus syirik tanpa disedari. Mula-mula sekali uri yang lahir bersama bayi tadi
akan dibersihkan dibubuh garam, paku dan jarum lalu ditanam dalam bekas.
Malamnya pula ada yang memasang pelita diatas uri tersebut. Bukankah garam, paku
dan jarum tadi telah menjadi tangkal sesuai dengan hadith sahih Turmizi dan Al
Hakim diatas. Disini tanpa jumpa bomoh ibu bapa telah menjadi syirik hanya atas
nasihat orang tua mereka. Kalau kita soal kepada orang tua kita mengapa perlu
bubuh garam, paku dan jarum, mereka akan berkata bahawa ini adalah ikhtiar untuk
melindungi dari gangguan hantu, syaitan dan jin. Disinilah silap kita yang telah
menyerupai amalan orang Cina seperti yang telah dihujahkan ditas. Kita
sepatutnya memohon terus perlindungan dari Allah tanpa melalui perantaraan benda
seperti garam, paku dan jarum.
Seterusnya ramai ibu bapa melakukan syirik
lagi tanpa disedari dengan meletakkan pula benda-benda seperti gunting, paku,
kacip, bawang putih, bawang merah dll disekitar bayi tadi dengan tujuan untuk
melindungi bayi dari gangguan hantu, syaitan dan jin. Bukankah ini sudah jelas
hukum syiriknya dan sesuai pula dengan firman Allah dalam surah Al A’raaf ayat
189 –190 diatas. Bila saat mengandung berdoa berbagai-bagai tetapi bila dapat
saja anak terus jadi kafir musyrik kerana mensekutukan Allah. Setengah orang
pula tidak meletakkan barang-barang ini disekitar bayi tetapi menggantikannya
dengan meletakkan surah Yaasin dan ada pula yang meletakkan AlQuran disisi bayi
dengan alasan yang sama. Maka menurut definasi azimat diatas, ibu bapa ini telah
menjadikan Yaasin dan AlQuran sebagai azimat dan hukumnya tetap syirik.

Ia juga sesuai dengan
"dari Ibrahim bin Nakhi berkata : Telah
berkata Ibnu Masud : Mereka (para sahabat) telah membenci (mengharamkan) semua
jenis tangkal dari AlQuran atau bukan dari AlQuran".

Sebenarnya mereka
yang menggunakan surah Yaasin dan Quran untuk menjauhkan gangguan hantu ,
syaitan dan jin adalah mereka yang terpengaruh dengan menonton movie hantu dan
dracula barat dan cerita hindustan dimana hantu, syaitan dan dracula ini takut
kepada kayu salib dan "holy water". Oleh kerana mereka adalah orang islam maka
mereka menggunakan Yaasin dan Quran dengan tujuan yang sama. Maka dengan ini
orang Islam yang menggunakan azimat dari Quran ini telah menggolongkan diri
mereka sama dengan orang kafir tersebut.
Sebenarnya dengan menggunakan
tangkal dan azimat bagi melindungi bayi akan menjadikan bayi tersebut lebih
terdedah kepada gangguan yang akan mengakibatkan bayi kerap menangis terutamanya
menjelang maghrib dan tengah malam. Syaitan telah mengganggu bayi tersebut
dengan harapan ibu bapa dhaif ini akan berjumpa pula dengan bomoh/dukun/pawang
agar mereka terjerumus kedalam lembah syirik yang semakin dalam.

Allah
berkuasa menjadikan segala rupa kejadian. Bayi yang kita lihat lemah tak bermaya
diberikan oleh Allah satu kelebihan yang tidak terdapat pada orang dewasa dan
kanak-kanak. Bayi boleh melihat hantu/syaitan/jin yang mengganggu. Itulah
sebabnya bayi ini mudah menangis terutamanya waktu menjelang senja dan tengah
malam. Secara umumnya bayi akan menangis apabila lapar, kencing, berak dan sakit
atau tak selesa. Jikalau bayi tak lapar, tak kencing, tak berak tidak
sakit/kembung perut dan dalam keadaan selesa tetapi setelah dipujuk pun terus
menangis untuk tempuh waktu yang lama maka bayi ini sedang mengalami gangguan
dari syaitan. Pada kebiasaannya, syaitan yang mengganggu bayi ini adalah syaitan
yang kita jemput secara resmi. Apabila dipersekitaran bayi atau didalam rumah
banyak benda-benda tangkal dan azimat maka syaitan akan mendampingi benda-benda
ini. Syaitan inilah yang mengganggu bayi ini.

Akan ada orang bertanya
mengapa apabila saya bawa bayi yang diganggu syaitan ini kepada bomoh, anak saya
diam dan sembuh pula sedangkan bomoh ini juga gunakan khidmat syaitan.
Jawapannya ialah bahawa sebenarnya syaitan ini ada mesyuarah dan pakatan
diantara syaitan-syaitan dan matlamatnya adalah agar manusia terus syirik.
Syaitan dari bomoh tersebut telah berpakat dengan syaitan asal yang mengganggu
bayi agar jangan lagi mengganggu bayi ini. Perkara ini nampak seolah-olah
syaitan telah menolong bomoh dan bayi tersebut. Sememangnya benar syaitan ini
menolong bayi tetapi keuntungan jauh lebih besar yang diperolehi oleh syaitan
ialah ibubapa bayi ini telah murtad dan syirik dengan berjumpa bomoh dan
menerima tangkal/azimat dari bomoh tersebut.

Namun demikian satu perkara
yang menarik yang perlu difikirkan oleh semua orang Islam ialah "adakah selamat
dari gangguan syaitan (dengan jumpa bomoh) ini kekal ?". Jawapannya ialah
kembali kita kepada Al Quran As-Syuura’ ayat 30 diatas, setiap yang berdosa akan
menerima musibahnya. Secara kebiasaannya (hukum adat seperti yang ditetapkan
oleh Allah), selamat (aman) dari gangguan syaitan (dengan jumpa bomoh) ini hanya
akan bertahan untuk tempuh selama 30 hingga 40 hari sahaja. Selepas tempuh ini
syaitan akan terus mengganggu bayi ini dengan tujuan supaya ibubapa ini akan
berjumpa lagi dengan bomoh yang sama. Dengan ini bomoh mendapat sumber
pendapatan yang tetap dan manusia dapat terus disesatkan oleh
syaitan.

Demi kesejahteraan bayi yang baru dilahirkan dan demi menjaga
aqidah sebagai seorang beragama Islam, jauhilah syirik. Jikalau didalam rumah
ini sudah sedia ada tangkal/azimat sebelum kelahiran bayi, maka bersihkan rumah
ini dari benda-benda ini semoga bayi akan sentiasa dibawah perlindungan Allah
dan selamat dari gangguan syaitan. Orang yang melakukan syirik dengan otomatis
akan gugur perlindungan yang diberikan oleh Allah dan dengan itu terdedah pula
kepada gangguan syaitan.
Suami isteri yang mengharapkan kelahiran bayi yang
sihat dan sempurna selalu berdoa kepada Allah. Sewaktu ini kalau Tuhan meminta
sesuatu sebagai jaminan keselamatan bayi pasti akan kita tunaikan walaupun
seberat mana sekalipun. Jadi setelah seorang bayi comel yang sihat dan sempurna
diberikan oleh Allah, apalah salahnya sebagai tanda kesyukuran kita menjamu
orang yang layak dijamu seperti fakir miskin, janda-janda dan anak yatim. Dengan
ini Islam telah menuntut agar pasangan yang mendapat anak lelaki menyembelih 2
ekor kambing dan 1 ekor kambing pula bagi anak perempuan sebagai aqeqah. Mahal
sangatkah 2 ekor kambing berbanding dengan rahmat Allah yang tak terkira
banyaknya. Lakukanlah seperti yang dicontohkan oleh Nabi SAW iaitu menyembelih
aqeqah pada hari ketujuh kelahiran bayi dan seterusnya berilah nama yang baik.
Faktor nama yang baik sememangnya akan mempengaruhi perwatakan bayi ini.
Berikanlah daging aqiqah tadi kepada orang yang layak menerimanya seperti fakir
miskin, janda dan anak yatim sesuai dengan sunnah Nabi.

Selain memberi
nama dan aqeqah pada hari ketujuh, nabi telah mencontohkan agar bayi ini dicukur
licin pula kepalanya. Setiap yang dicontohkan melalui Nabi SAW sememangnya
banyak kebaikan atau hikmahnya. Kalau nak lihat apakah kesannya kepada bayi anda
carilah bayi-bayi lain yang tidak dicukur rambutnya. Pasti anda akan temui
bahawa kulit kepala bayi ini banyak berkudis dan bernanah. Jadi inilah hikmahnya
setiap sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW untuk dicontohi oleh kita semua.

Nabi memberi contoh yang sempurna tetapi ramai rakyat Malaysia kini
seolah-olah lebih pandai dari Allah dan Nabi. Nabi membuat sesuatu hatta
bercukur atas perintah Allah kerana hikmah-hikmahnya. Rakyat Malaysia ubah
syaria’at ini dengan membuat kenduri bacaan marhaban dari kitab Jaafar
AlBarzanzi walaupun kitab ini banyak penyelewengan aqidah. Selepas itu potong
sedikit rambut lalu masukkan kedalam kelapa muda yang dipotong indah kerana
dipercayai rambut yang dimasukkan keladalam air kelapa muda ini akan membawa
kebaikan tertentu. Ini sudah satu perbuatan syirik yang jelas mengikut
perbincangan diatas. Nabi suruh cukur semua rambut tetapi kita buat syariaat
baru iaitu potong rambut depan sahaja. Kita lebih pandai dari Allah dan
rasulnya. Dan apa yang amat jelas ialah budaya masukkan rambut dalam air kelap
muda sememangnya amalan budaya orang hindu. Orang hindu pada hari Thaipusam
pecahkan biji kelapa kerana kononnya ada hikmahnya yang tertentu.

Dari
masa kesemasa ibu bapa baru ini akan membawa bayi kecilnya ke rumah saudara mara
dan sahabatnya. Sepanjang perjalanan perbanyakkanlah zikir. Apa yang sangat
perlu diingati ialah "jangan menunjuk samaada dengan jari atau dengan mulut
sebarang benda yang dilihat sepanjang perjalanan terutamanya kuil, rumah
berhala, kubur, patung-patung, gambar, bukit, gua dan gunung." Jikalau anda nak
buat satu amali mudah bolehlah anda menunjukkan kepada bayi anda mana kuil hindu
dengan jari telunjuk anda dan tunggulah beberapa ketika apa yang akan
berlaku.

Setelah sampai kerumah yang dituju, apa perlu dilakukan apabila
tiba-tiba sewaktu memasuki rumah ini bayi terus menangis (akibat gangguan
syaitan) yang luar biasa ? Ini adalah petanda yang menunjukkan bahawa rumah ini
terdapat banyak syaitan yang berdamping dengan barang-barang tangkal/azimat,
patung (patung kuda atau patung pemberian kawan dari Bali), gambar dll. Berilah
alasan yang baik kepada tuan rumah dan tinggalkan rumah tersebut secara segera.
Kalau perlu juga pergi kerumah ini bersama bayi, pergilah selepas bayi berumur
satu tahun. Ketika ini bayi ini sudah tidak ada lagi keistemewaan untuk melihat
syaitan.

Sebelum bayi lahir, latihlah diri anda selalu bersembahyang
berjamaah bersama isteri/suami. Sebelum maghrib, tutuplah pintu dan tingkap.
Lubang angin (ventilation) tidak mengapalah dibiarkan terus terbuka. Amalan
orang tua-tua dikampung dahulu kala ada banyak muslihatnya yang tidak
diketahui.

Adakah boleh menerima tetamu diwaktu mendapat bayi ini ?.
Jawapannya adalah boleh tetapi dengan cara yang betul. Kalau kita menerima
tetamu waktu malam dan tetamu terus pula mendukung bayi ini, jawapnya tunggulah
menjelang tengah malam nanti insyaAllah bayi anda akan melalak. Cara yang betul
ialah sediakan air untuk berwuduk diluar rumah untuk tetamu mengambil air
sembahyang. Kalau diluar rumah ada paip air lebih mudah. Pentingnya ialah
pastikan tetamu mengambil air sembahyang terlebih dahulu diluar rumah bukan
masuk rumah baru ambil wudhuk.
Jika suami balik kerumah dari tempat kerja
atau dari kebun juga amalkanlah mengambil air wuduk sebelum memasuki rumah,
mudah-mudahan bayi akan dilindungai Allah dari gangguan syaitan.

Bapa
juga dilarang untuk membawa masuk benda-benda berdarah selepas maghrib. Kalau
nak beli ayam atau daging lembu, belilah waktu siang hari dan bawa masuk rumah
sebelum waktu maghrib. Kalau ada juga orang memberi rezeki ayam yang sudah
bersembelih atau daging pada waktu malam, janganlah bawa masuk kerumah tetapi
mintalah jiran anda simpankan daging atau ayam ini sehingga esok
hari.

Kini tibalah pula bahagian bagaimana sekiranya bayi diganggu
syaitan dan menangis tanpa henti. Apabila anda meyakini bahawa tangisan bayi
anda adalah luarbiasa yang mungkin disebabkan oleh gangguan syaitan, bacalah
kalimah-kalimah Allah seperti ayat Kursi atau ayat-ayat laindengan kyusuk dan
suara yang lembut antara kedengaran dengan tidak. Selepas itu terus berdoa mohon
perlindungan daripada Allah untuk memberikan rahmatNya kepada anak tersebut.
Selepas itu hembuskanlah perlahan-lahan kebelakang telinga kanan bayi ini. Perlu
diingati bahawa perlindungan adalah dari Allah dan bukan dari ayat Kursi ini.
Tidak perlulah dibacakan kalimah Allah ini dengan kasar dan kuat seolah-olah
bacaan ayat inilah yang menghalau syaitan. Boleh juga dibacakan ayat-ayat dari
empat Kul iaitu Al Kafirun, Al Ikhlas, Al Falak dan An Nas. Ulangilah perbuatan
ini sehingga anak tersebut diam. Sebagai satu latihan harian yang baik, adalah
digalakkan bagi ibu atau bapa membacakan ayat-ayat bermula dari ayat Kursi
hingga An Nas setiap kali menidurkan bayi, mudah-mudah Allah (dan bukan
ayat-ayat ini) akan memberikan perlindungan kepada bayi anda.

Sebagai
bapa, berilah isteri makanan dari rezeki yang baik kerana susu yang diberikan
kepada bayi akan membawa seribu rahmat. Sebagai ibu pula, bertekadlah semasa
mengandung untuk menyusukan bayi anda kalau dapat hingga bayi berumur 2 tahun.
Menyusukan bayi jauh lebih murah dari memberikan bayi susu formula. Tambahan
lagi ibu lebih mudah dan selesa diwaktu malam kerana tidak perlu bangun untuk
membancuh susu formula. Ibu bapa pula lebih tenteram kerana susu ibu akan
insyaAllah menjadikan bayi tidak banyak kena penyakit terutamanya selsema dan
batuk. Bayi yang mengidap selsema dan batuk akan banyak merengek dan menjadikan
suasana ibu bapanya tegang dan banyak berjaga malam yang sungguh
meletihkan.

Bagi mempastikan bayi terus membesar dengan sihat tanpa
sebarang musibah seperti penyakit dan kemalangan lain, ibu bapa amat perlu
memainkan peranannya. Kadang-kadang secara tiba-tiba bayi mendapat batuk dan
selsema yang teruk tetapi setelah diperiksa kemungkinan besar penyakit ini
adalah berpunca dari kesilapan ibu bapanya. Kesilapan yang selalu dilakukan oleh
ibu ialah sifat megah dan riak (menunjuk-nunjuk). Megah dan riak hanya sifat
kepunyaan Allah. Manusia tidak layak mempunyai sifat-sifat ini kerana manusia
adalah lemah. Apabila seorang ibu suka sangat menceritakan betapa comelnya bayi
beliau kepada rakan dan jiran, maka tunggulah saat bila mana bayi anda jadi
tidak comel lagi apabila kena penyakit selsema dan batuk dengan ingus meleleh
dan kurus kerana tak lalu makan. Terimalah musibah dari Allah akibat dari tangan
(mulut) anda sendiri sesuai dengan firman Allah dalam ayat 30 surah As Syuura’
diatas. Sepatutnya bila bayi terus membesar dengan comel dan lincah, si ibu
perlu banyak mengucap syukur dengan membanyakkan zikir mudah-mudahan rahmat
Allah ini akan ditambah lagi. Apa yang berlaku dipejabat apabila seseorang
bertanyakan khabar bayi yang baru lahir, tak habis-habis si ibu menceritakan
kisah bayinya yang itu dan yang ini. Cubalah belajar dengan menjawab
"Alhamdulillah bayi saya sihat" dan cukup setakat itu sahaja supaya terelak dari
sifat megah dan riak dengan nikmat Allah ini iaitu dapat bayi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s