Ecah, Anish, Deeja – when the power combined!

Salam Rabu.

Apa habaq semua. Sihat ka? Cheq macam biasa..busy walaupun tak tahu lah apa yang busy nya. Tgk..blog pun macam nyawa-nyawa ikan yang nak mintak extra oksigen.

So, kali ni just nak share..bila dah beranak 3. Boleh tahan gak kalut nya. Haru pun iya gak :p . Kita mulakan dengan si kakak – Aisyah Batrisyia . Makin lama makin la banyak mulut minah ni. ada jek nak ngomel and ngomen. sometimes leh gelak gak. but bila ibu kau ni mood ke laut..mmg siap la kena aura angin puting beliung . A good sister for Khadeeja, but nehi for Ahmad. Asyik nak bergaduh jek. Siap leh main kejar-kejar balas serangan!

Sesi bermaafan di tadika. Nampak dia naif bukan :)

Sesi bermaafan di tadika. Nampak dia naif bukan:)

Ahmad Danish. Anak teruna aku sorang . Manja terlebih over seorang ni. Hati bagaikan kristal. Kuat merajuk. If mengamuk @ melalak..mmg tak reti malu nya. Hobi baru – idola with Ultraman and sekutu dengannya. And paling sadis..main doll!! Buktinya..tadaaaa…

oh tidak!!!

oh tidak!!!

And the last one – Khadeeja Delisha. Hampiri 5 bulan. So cheeky and ‘talkative’ – baby talk. Puas gak gomol si kecik ni. Suka bau masham musyuk dia. Biasa lah, baby mmg sedap bau dia. Cuba if aku cium si kakak and anish time diaorg masam..mau muntah. :p

Budak masham mintak kena gomol!

Budak masham mintak kena gomol!

Begitu lah alkisahnya anak-anak ku. Alhamdulilah..terima kasih Allah atas segala anugerah dan nikmat yang dikurniakan:)

NotaKaki : Ada hamba Allah suruh aku tambah anak – peneman Danish. Apakah? Hmmm..akan ku pertimbangkan . Jika if aku kuat semangat nak handle 3 kids ni..huhuhhu

From Perling With Love;

Salam Aidilfitri

Yuhhuuu..anybody at home? sorry yer..tuan rumah blog busy memanjang plus pemalas tak hingat nak hapdate blog. Alih-alih, dah raya…

Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada kekasaran di dalam kita berkawan. Semoga syawal yang menjelma mengeratkan silaturahim antara kita, insyaallah.

Ni selitkan pic compile gambar family beraya tahun 2007 untill 2013 kecuali 2009 as rasanya macam takde pic..sampai lupa tema warna sekali.  :)

combineCSC_0355

NotaKaki : Tahun ni beraya paling sekejap, just 4 hari jek. Hari ini dalam sejarah as kami suami isteri raya kelima dah naik kerja..ish..ish..ish..

From Perling With Love;

Supermumy for triple Superkids B-)

Hehehe.Dah lama sangat tak update blog. Ni pun update thru phone je.Maaf ye empunya blog ni yg tgh adjust title being supermummy for her triple superkids.

Alhamdulilah..kita telah selamat lahirkan Nur Khadeeja Delisha bt Mohamad Ariff pada 17.4.2013..lewat 5 hari dari duedate and seperti kakak and abang dia..induce gak…ouch..bila ingat balik…sakitnya induce. Cukuplah 3 ni. Sekarang plan nak sekolahkan diaorg lak.

Bila berpantang dengan 2 anak yg perlukan kasih sayang gak…mmg memerlukan kesabaran yang maha tinggi. Aku rs aku guna kan method pantang berstoking, pantang mkn, amik supplement shaklee and guna korset. Ops..tak keluar umah jugak. Tak boleh sangat manjakan diri..kesian kat anak-anak yg lain.

So far..dah blh adjust timing tido as delisha agak mudah jaga dia mcm si kakak ecah. Harap bertahan utk selama nya sayang

image

Delisha ketika berumur seminggu:-)

Syukur alhamdulilah atas nikmat yg diberikan. Dikurniakan suami yg penyayang dan anak-anak yg comel.

image

Ecah...Anish...Deeja...nyawaku

NotaKaki : Salute sangat kat mommies yg boleh handle anak lebih dari 3. Any tips?

Posted from WordPress for Android thru Cik Sams Kitty

Perkembangan terkini mummy buyong @ 35 weeks =)

Yuhuuu…anybody at home. Pergh..lama gila blog ni tak berupdate bagai. Maaf kan pemilik blog diatas segala kemalasan yang terserlah..tak hingat donia malasnya.

So, whats going on to owner of mariaariffbaby.com ni?hmmm.. life dia still macam biasa, pegi kerja balik kerja..amik anak..urus anak suami plus perut dan badan yang semakin kembang dengan amat jayanya! Tahniah untuk ‘pengembangan’ itu..hahahhahahahahaha

Tak caya?meh, tepek sat pic via instagram owner.

kan..besar bagai johan kan. :p

Now ni dah masuk 35 minggu. So ada lagi lebih kurang 5 minggu sebelum ‘baby delisha’ ni keluar. Ops, insyaallah, impian ecah nak ada adik girl tercapai as kali ni aku pregnant baby girl. So, boleh la guna nama Delisha untuk baby girl ni:)

So now ni, tgh nak prepare barang baby last kopek (mitten, baju, towel, Avent (penting ka?) , barang mak dia (kain batik, tshirt, socks) and suplemen untuk pantang nanti. Plan nak guna set Shaklee 3M+ESP tuh la. Mommy yang dah pernah guna, leh share tak..besh ke? Azam nak kurus secara sihat, leh fully BF and yang paling cargas..

NotaKaki :  SUPERMAK for 3 kids! Fuh..amik nafas panjang skit, intanmaria!

From Perling With Love;

Wordless Wednesday – Surah Al-Waaqi’ah (Pembuka Pintu Rezeki)

fadilah dan keutamaan membaca surat al waqiah

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
 .
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
NotaKaki : Selamat mengamalkannya yer kekawan:)


From Perling With Love;

WordlessWednesday

NotaKaki 1 : Starting my Wednesday with superb voice by Adele

NotaKaki 2 : Agak lama tak update blog. Maybe tuan punya blog takde mood nak update plus simptom ibu-ibu ngandung yang mempunyai huruf M di sekitarnya 😀

From Perling With Love;

Ber ‘insta’ =)

instaSila follow instagram kita yer @ intanmariaahmad 

NotaKaki : Seronok gak berinsta ni. Gambar kureng lawa jadik lawa with express editing! I like!😀

From Perling With Love;

Report Card 2012 of Intanmaria

Hari ini hari terakhir kita berada ditahun 2012. So aku macam tahun-tahun lepas..aku review balik azam aku tahun 2012.

As per seen above, Azam Nombor 1 hingga 3, is on going nya azam sampai bila-bila. Pasal azam nombor 4 an 5 ni..aku tak pasti la samaada aku berjaya or tidak. Sebab ikutkan macam kurang bershopping (sangat la intanmaria!) and macam takde menambah hutang either kurangkan hutang (maintain). So rasanya, tak success la this two azam..sigh.hampeh!

Bab Azam no 6, nak target ecah pandai baca and anish kenal huruf…ni pun agak kurang berjaya gak. But, alhamdulilah gak as my ecah dah kenal huruf A-Z at her ages 4 (better than nothing kan)

Azam no 7 lak…huhuhuhu..terpaksa KIV nak turunkan berat badan until 65kg (even dah sipi nak achieve that target) as rezeki Allah..kita mengandung anak ke 3 dan di jangka lahir bulan April 2013. Syukur, rejeki.

And aku rasa, tahun 2012 ni..tahun berjalan-jalan aku jek. Sebab yang tuh jek success. Dari pegi Cherating-Kuala Terengganu, Bukit Gambang Pahang, Universal Studio Singapore and the new one Gold Coast Morib. Haih..tuh jek nampak for 2012.

jalan 2012

So, untuk tahun 2013, nak ber resolusi :

1. Tingkatkan kualiti dan kuantiti Solat.
2. Nak jadi isteri dan ibu yang lebih penyabar, lemah lembut dan kuat semangat dalam menangani masalah kehidupan!
3. Nak lebihkan masak dan makan dirumah.
4. Nak kurangkan berbelanja handbag, kasut, baju-baju and tudung
5. Kurangkan hutang, Settlekan hutang yang sedia ada dan Lebihkan savings!
6. Kurangkan berat badan
7. Sambung Master @UiTM

NotaKaki : Selamat Tahun Baru 2013. Semoga tahun baru ini menjanjikan seribu kejayaan untuk kita semua…amin..

From Perling With Love;